Ahad, 16 November 2014

Resepi Simple American Winter Breakfast




Bahan-Bahan
1. Serbuk Sup Krim Cendawan (Mushroom Soup).
2. Roti (Sebaik-baiknya beli roti Perancis).
3. Garlic Spread.
4. Tomato (Kalau tak nak pun takpe).
5. Sayur-sayuran AKA Salad.
6. Sosej (Tak kisah jenis apa, brand apa).
7. Hashbrown.

P/s-Admin dah kenabisan Salad, So guna timun je lah.

Cara-cara

Sup Krim Cendawan (Mushroom Soup)
1. Curahkan serbuk kedalam mangkuk.
2. kemudian letakkan air masak (750ml per pek).
3. Gaulkan dengan menggunakan pengaul telur agar sekata.
4. Panaskan api.
5. Didihkan sup selama 5 minit.
6. Hidangkan.

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)
1. Sapu Garlic Spread pada roti.
2. Kalau nak jimat- Potong roti kepada dua.
3. Bakar roti pada Toaster.

-Kalau menggunakan Roti Perancis (French Bread)

1. Potong roti perancis seperti dalam gambar.
2 .Bakar Roti pada Toaster.

Sosej
1. Rendam pada air agar ia didefrostkan.
2. Masak je lah dalam deep fried atau oven.
3. Hidangkan.

Hashbrown
1. Goreng dalam deep fried.
2, Hidangkan.

Sayur-sayuran (Add-on)
1. Potong Sayur-sayuran.
2. Hidangkan.

Buatlah macam manapun design asalkan nampak lebih kurang macam ni
Selamat Mencuba!!










Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi Sambal Sotong Simple

Bahan-bahan


-Garam secukup rasa
-Gula secukup rasa
-Sotong
-Sos Cili
-Bawang Blend (kisar) atau Bawang Merah dan Bawang Putih (kemudian kisar)
-Cili Kering Kisar AKA Cili Boh

Cara-cara
1.Panaskan minyak di dalam kuali.

2.Tumiskan bahan-bahan kisar (cili boh dan bawang blend) sehingga naik bau.

3.Masukkan sos cili.

4.Tambahkan gula dan garam.

5.Masukkan sotong.
Nota: bersihkan sotong dan potong sotong dahulu.

6.Tunggu sehingga kuah mendidih dan hidangkan.

Inilah hasilnya:
                                               

Ahad, 19 Oktober 2014

Resepi BeefSteak Simple

Resepi

Bahan-bahan


-Sayur-sayuran
-Sos Salad
-Lobak merah(utk Coleslaw)
-Kobis(utk Coleslaw)
-Daging Lembu Steak
-Beef and Herb Gravy
-Sos Steak/Lada hitam

Daging Steak
Penyediaan daging steak adalah yang paling penting.Daging steak boleh didapati di kebanyakan pasaraya.Adalah lebih mudah untuk kita membuat beefsteak menggunakan daging steak yang telah diperap yang boleh didapati di  kebanyakan pasaraya.Jika mahu membuat daging steak sendiri juga boleh .Berikut ialah kaedah membuat daging steak sendiri:

1.Dapatkan daging lembu bahagian tenderloin aka batang pinang

2.Asingkan lebihan daging dan lemak di bahagian tepi daging

3.Gunakan pisau untuk membuang selaput lemak di permukaan atas daging

4.Potong daging mengikut stadard hidangan utama yakni 180 g dan ke atas

5.Bentukkan daging tadi dengan kain maslin.Ini bertujuan untuk memampatkan daging itu serta mengekalkan bentuk dan tekstur daging itu.


contoh potongan daging steak yang kemas .


Kemudiannya perapkan daging itu dalam minimum 3 sudu sos lada hitam/steak dan sos cendawan .Untuk aromanya anda boleh mencampurkan mixed herbs.Seandainya tiada sos cendawan tak ape.Itu hanya untuk tambah rasa lemak daging tu sahaje.

contoh daging yang telah di perap
Tempoh skala perapan yang sesuai ialah minimum 2 jam.
Selepas tempoh perapan daging tersebut telah sedia untuk di grill atau barbeque.

Coleslaw
Jika mahu meletakkan coleslaw sebagai add-on berikut adalah caranye:
1.sediakan kobis dan lobak merah

2.Sagat kobis dan lobak merah

3.Letakkan bahan itu ke dalam mangkuk dan campurkan sos salad mengikut saiz hidangan

4.Gaul atau kacau bahan itu sehingga semua terkena sos salad
Tips coleslaw
-Untuk kurangkan rasa masam sos salad anda boleh mencampurkan serbuk lada hitam atau gula

Sayur Dressing
Pada dasarnya sayur-sayur ini hanya ialah dari kalangan sayur-sayur yg biase ade di britain seperti asparagus,brokoli dan lobak merah serta bunga kobis .Namun cara paling simple ialah ....just add salad and tomato.Jika ingin keaslian goreng bahan yg telah disebut diatas.

Gravy
untuk mudah beli sahaja Gravy yang perlu tambah air panas sahaja seperti Beef and Herb Gravy by McGormick.

Add-On
untuk nampak lebih menarik add la sikit  elemen ke amerikano seperti mini sandwic atau sosej atau kentang goreng

Dan atas usaha diatas inilah hasilnya